Pada bulan Mac, Pusat Sumber Sekolah sekali lagi telah mengadakan beberapa jualan khas.
Salah satunya ialah biskut yang menyerupai wajah Big Bird, iaitu karakter yang amat dikenali dalam program kanak-kanak, Sesame Street. Setiap biskut dijual dengan harga yang berpatutan iaitu RM4.00.
Selain itu, Pusat Sumber juga telah mengadakan jualan keychain Jet'aime. iaitu keychain khas bertemakan French Language Day; pada 20 Mac 2011.Setiap keychain dijual dengan harga RM 3.00.
Dan sukacitanya, jualan cookies Big Bird dan keychain khas Jet'aime ini sangat memberansangkan dan mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar SEMESRA. Insya-Allah, jualan-jualan seperti ini akan diadakan lagi pada masa yang akan datang.
