Friday, 15 July 2011

Guys Night and Ladies Night

Bagi bulan April, tayangan telah dibuat mengikut giliran. Pada 16 April telah diadakan Girls' Nite yang menampilkan  tayangan bertajuk 'Burlesque'.

Cerita ini yang dibintangi oleh penyanyi pop popular Christina Aquileira ini mengisahkan seorang gadis yang sanggup berhijrah ke kota demi mencapai cita-citanya yang ingin menjadi seorang penyanyi Burlesque.


 
Pada 23 April pula, giliran untuk Guys' Nite. PSS telah menyediakan Seasons of the Witch untuk hiburan pelajar-pelajar lelaki. Cerita yang dibintangi oleh Nicholas Cage ini menampilkan sebuah cerita yang penuh dengan unsur-unsur magik.



Diharapkan agar filem-filem yang ditayangkan pada bulan April ini telah dapat memberi hiburan kepada semua penonton.

Tuesday, 28 June 2011

Queen of The Pillow Fight 2011

Pertandingan Pillow Fight untuk pelajar perempuan pula telah diadakan pada 23 April. Seperti pertandingan lelaki, para peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan ia telah dijalankan secara kalah mati.


antara yang aksi para peserta

Keputusan akhir pertandingan adalah seperti berikut:

Tempat Kedua: Alia Nadhira

Queen Of The Ultimate Pillow Fight 2011
Raihan Najihah

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Terima kasih juga diucapkan kepada semua peserta yang mengambil bahagian serta para penonton yang turut sama memeriahkan pertandingan.

Saturday, 18 June 2011

King of The Ultimate Pillow Fight 2011

Pada bulan April,PSS SEMESRA telah mengadakan pertandingan sempena Pillow Fight Day, iaitu Pillow Fight. Acara tersebut telah dibahagikan kepada dua tarikh yang berbeza iaitu untuk lelaki dan perempuan.

Pertandingan pertama iaitu pada 16 April melibatkan para pelajar lelaki. Alhamdulillah, acara tersebut telah berjaya diadakan dengan penuh meriahnya. Para peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan pertandingan adalah berbentuk kalah mati.


carta pertandingan 

antara hadiah yang bakal dimenangi
 
 para peserta semasa pertandingan

Keputusan pertandingan ini adalah seperti berikut:

Tempat ketiga: Mohd Lutfilhaziq

Tempat Kedua:  Aiman Syakir
King of The Ultimate Pillow Fight 2011
Amirul Fauzan Bin Zaharudin

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Bagi yang kurang berjaya, cuba lagi di masa hadapan.

Tuesday, 29 March 2011

Jualan MAC

Pada bulan Mac, Pusat Sumber Sekolah sekali lagi telah mengadakan beberapa jualan khas.
Salah satunya ialah biskut yang menyerupai wajah Big Bird, iaitu karakter yang amat dikenali dalam program kanak-kanak, Sesame Street. Setiap biskut dijual dengan harga yang berpatutan iaitu RM4.00





Selain itu, Pusat Sumber juga telah mengadakan jualan keychain Jet'aime. iaitu keychain khas bertemakan French Language Day; pada 20 Mac 2011.Setiap keychain dijual dengan harga RM 3.00

Dan sukacitanya, jualan cookies Big Bird dan keychain khas Jet'aime ini sangat memberansangkan dan mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar SEMESRA. Insya-Allah, jualan-jualan seperti ini akan diadakan lagi pada masa yang akan datang.